Friday, September 26, 2008

Radio Interviews

Attention!!!

Interview with SuriaFM

Date: 27th September 2008 (Saturday)
Time: 7.30pm to 10pm
Segment: Suria Lounge with Taj

Interview with X-Fresh FM

Date: 30th September 2008
Time: 9.30pm - 10.30

Jangan lupa dengar ek. Bolehlah, sambil-sambil kemas rumah, buat kuih raya tu dengar these 2 radio stations.

Note: Thanks Nine for the info.

Wednesday, September 24, 2008

Ramadhan & Syawal

Ramadhan

1) Bulan Ramadhan bg Nine?
- 10 hari awal Ramadhan adalah untuk menyucikan diri, 10 hari pertengahan untuk menghapuskan dosa² dan 10 akhir ramadhan untuk menjauhkan diridari Azaab Siksa Neraka... jadi ternyata bulan ini adalah bulan yang sangat bermakna dan harus kita sama² amati dengan sepenuh hati dan jiwa raga,kerana adakah kita pasti bahawa kita akan berkesempatan lagi untuk menyambut Ramadhan pada masa akan datang??

2) Perkara yg Nine paling suka masa bulan Ramadhan?
- Dapat tengok orang ramai² pegi sholat Tarawikh beramai² bersama keluarga dan kawan²...

3) Perkara yg Nine akan elakkan masa bulan Ramadhan?
- Makan diwaktu siang... ;p... segala yang negative bukan patut dielakkan pada bulan Ramadhan saja... malahan untuk setiap hari dan setiap saat kita hidup di dunia... :)

4) Juadah berbuka kegemaran atau wajib ada masa berbuka?
- Samosa, popiah goreng sambal, and of course qurma... Yusufff Thayooobbbb....(sebut cara berbisik)...

5) Kenangan manis bulan Ramadhan yg tak dpt Nine lupakan?
- dapat duit raya sebelum Raya... keh keh keh...

6) Kenangan pahit bulan Ramadhan yg tak dpt Nine lupakan?
- Kena jalan kaki dari The Mall sampai lah ke rumah di Bukit Setiawangsa... pasal wallet hilang... hehehe... so balik terus tido sampai nak dekat berbuka...;p

7) Cerita sikit kenangan nakal ponteng puasa masa kecil,kalau ada laa..hehehe?
- ponteng puasa tu gerenti ada masa kecik... erm... masa tu saya darjah 3... baru balik sekolah... kepanasan dan dahaga... pastu curi² pegi kat dapur..then bukak peti ais... nampak ada tembikai yang dah kena potong... ada banyak pulak tu.hehe... so saya amik la satu dan makan senyap² kat situ jugak... sekali... bila lepas tutup pintu peti ais... rupanya my dad tengah berdiri tepi pintu peti ais sambil cekak pinggang...

8) Nine ni bangun sahur tak?kalau bangun selalunya makan apa?masak sendiri ke makan kedai je?
- Saya suka makan Qurma 3 biji dan segelas susu... cuba korang buat macam tu... seriously... sampai petang tak rasa lapar sangat. Itu yang Rasulullah amalkan... lagipun... bangun sahur ni adalah salah satu ibadah didalam bulan Ramadhan... dan ianya adalah Sunnah Rasulullah S.A.W... bangunlah untuk bersahur walaupun hanya minum segelas air putih...

Syawal

1) Raya di mana tahun ni?
- Raya kat kampung... wahaha... maybe loqstaq... then... down south to negeri 9.

2) Perkara yg Nine paling suka psl Raya?
- Dapat gather dengan family dan dapat jumpa orang² di kampung...

3) Makanan kegemaran atau wajib ada masa Hari Raya?
- Saya paling suka makan nasik himpit then cicah ngan rendang ayam... fuhhh... asik banget!

4) Kenangan manis Hari Raya yg Nine tak dpt lupakan?
- Erm... terlampau banyak... cuz everytime raya... mesti ada kenangan manis... senang cerita... Raya ni dah cukup manis... ;p

5) Kenangan pahit Hari Raya yg Nine tak dpt lupakann?
- Hari Raya pertama 2 tahun lepas saya demam... so tak best... takleh nak ikut depa p jalan² ziarah family...

6) Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Aidiladha?
- I'dulAdha... :)

7) Ucapan Hari Raya utk peminat
- Saya ingin mengucapkan Selamat I'dulfitri kepada semua peminat² saya diserata Malaysia... Semoga Allah memberkati amalan kita semua sepanjang Ramadhan yang lepas... dan tak lupa juga kepada semua pebolehtahanminat dan juga pembenci² saya disekitar Malaysia... Eid Mubarak Minal I'dil Wa Faizin,Jazakallah Hu Khairan Kathiraa...

Alhamdulillah.

Terima kasih buat Nine kerana sudi meluangkan masa.

Tuesday, September 9, 2008

HAPPY BIRTHDAY N.I.N.E!!

Today will be the day our Mr N.I.N.E celebrates his 26th Birthday!!

The Birthday Man


Dear Nine,

Happy 26th Birthday. We might not know what are the challenges you have to go through for the past 26 years but we believe those experiences have make you the man you are today.

To some of us, you are someone that we can look up to; good looks with brain yet very humble. We hope that you will always maintain that!

All the best with your new album. We are looking forward to it.

Wish you all the happiness in the world.

Happy birthday again and may Allah bless you.

Monday, September 1, 2008

1 Ramadhan 1429 Hijrah

To all readers,

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

AHLAN YA RAMADHAN