More pictures here
Gambar di atas merupakan antara gambaran Hari Kiamat.
Pesanan dari Nine buat semua, "Dalam berhibur, ingat-ingatkan diri bahawa dunia semakin hampir ke penghujungnya".
Nine sempat juga berkongsi ilmu yang ada pada dirinya dengan kita semua;
Maha Suci Allah yang menjadikan di langit gugusan-gugusan bintang dan Dia menjadikan juga padanya matahari dan bulan yang bercahaya. [25. Al Furqaan: 61]
ALLAH subhanahu wa ta’ala sudah menjawab mengenai perkara besar ini dlm surah Al Waqiah 1– 6:
1.Apabila terjadi hari kiamat,
2.tidak seorangpun dapat berdusta tentang kejadiannya.
3.(Kejadian itu) merendahkan (satu golongan) dan meninggikan (golongan yang lain),
4.apabila bumi digoncangkan sedahsyat-dahsyatnya,
5.dan gunung-gunung dihancur luluhkan seluluh-luluhnya,
6.maka jadilah ia debu yang beterbangan
Nabi s.a.w. bersabda: “Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggulah Hari Qiamat.”
Apa yang dimaksudkan dengan mensia-siakan amanah itu?
Nabi s.a.w. menjawab, “Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah kedatangan Hari Qiamat.”;- (Riwayat Bukhari).
Nabi s.a.w. menjawab dengan bersabda: "Tidaklah orang yang ditanya mengenai masalah itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. Akan tetapi aku akan memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya. Iaitu, jika seorang ammah (hamba perempuan) melahirkan majikannya, itulah yang termasuk di antara tanda-tandanya. Juga apabila orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian menjadi pemimpin masyarakat, maka itu juga di antara tanda-tandanya. Demikian pula apabila para pengembala domba berlumba-lumba meninggikan bangunan, maka itulah salah satu tandanya di antara tanda-tanda yang lima, yang mana tidak mengetahui yang sesungguhnya selain Allah SWT."
Kemudian baginda membacakan ayat berikut ini: "Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dia-lah yang menurunkan hujan, serta mengetahui apa yang ada di dalam rahim";- (Riwayat Ibn Majah)
Perhiasan Rumah Sama Dengan Perhiasan Pakaian;- Rasulullah s.a.w bersabda: Hari Kiamat tidak akan tiba, sehingga manusia membangun rumah dan melukisnya sebagai lukisan pakaian;- (Riwayat Bukhari)
Kebanggaan Masyarakat Dengan Membina Masjid;- Daripada Anas bin Malik r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak akan tiba hari kiamat, sehingga manusia bermegah-megah dan berlebih-lebihan dalam urusan masjid;- (Riwayat Abu Dawud).
Masjid Menjadi Tempat Urusan Dunia Sahaja;- Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang kepada manusia suatu masa, percakapan mereka dalam masjid hanyalah mengenai urusan dunia semata. Allah tidak memerlukan mereka. Dan janganlah kamu duduk bersama mereka (pada waktu dalam masjid);- (Riwayat Hakim).
Ahli Ibadah Yang Bodoh Dan Qari Yang Fasik;- Daripada Anas r.a. ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Kelak, di akhir zaman, akan ada ahli ibadah yang bodoh dan para qari yang fasik;- (Riwayat Ibnu 'Adi).
olongan yang menjadikan lidahnya sebagai alat untuk mencari makan;- Daripada Sa'ad bin Abi Waqash r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak akan terjadi kiamat, sebelum muncul suatu golongan yang mencari makan melalui lidah-lidah mereka, seperti sapi yang makan dengan lidah-lidahnya;- (Riwayat Ahmad).
Melimpahnya Harta Benda Dan Luasnya Perniagaan Serta Banyak Media Massa;- Dari Umar bin Tsa’lab r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sebahagian dari tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat, adalah tersebarnya (melimpahnya) harta benda dan luasnya perniagaan. Dan pena-pena akan bermunculan yang menunjukkan banyaknya bacaan dan tulisan;- (Riwayat An-Nasae’i).
Ramai Orang Muda Menyebut Dalil Agama;-Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri dari orang-orang muda yang masih mentah fikirannya (cetek faham agamanya). Mereka banyak mengucapkan perkataan Khairil Bariyah (firman Allah dan hadis Rasul), tetapi iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya mereka telah keluar agama seperti anak panah yang lepas dari busurnya. Di mana sahaja kamu dapat menemuinya, maka hapuskanlah mereka itu, siapa yang dapat menghapus mereka, kelak akan mendapat pahala di hari kiamat. ";-(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Moga ini semua akan sentiasa akan menjadi peringatan buat kita.
Insya Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment